VAKSIN KAYAP KINI DI MALAYSIA

Yeayyy..vaksin kayap kini di Malaysia ! Sebelum cerita panjang tentang kayap ini. Minggu lepas, anak kami nombor 2, Dzal kena kayap 

VAKSIN KAYAP KINI DI MALAYSIA

VAKSIN KAYAP KINI DI MALAYSIA



Tak sangka Dzal seawal umur 10 tahun boleh kena kayap. Macam mana bermulanya kayap ni? Memula, bila Dzal tunjuk badannya ada bintik-bintik merah. Ingatkan ruam atau gatal biasa. Almaklumlahkan, cuaca panas. Ruam mudah terjadi.

Bila tengok dari hari ke hari. Bintik merah itu dah gelembung bermata. Terus mummy bawa Dzal ke klinik untuk berjumpa dengan doktor. Doktor mengesahkan bintik merah yang gelumbung di badan Dzal adalah kayap.

Kayap ni sebenarnya tiada ubat yang specific. Untuk Kayap ini, doktor dan klinik hanya akan berikan anti viral untuk berhentikan virus kayap tu berhenti dari merebak. Serta, ubat sapu untuk mengurangkan rasa sakit dan kurangkan dari rasa yang tidak selesa.

Kayap tu apa?


Kayap (Shingles) disebabkan oleh virus varicella zoster (VZV), iaitu virus sama yang menyebabkan cacar air. VZV tidak aktif dalam sistem saraf, mungkin diaktifkan.

Apabila sel-sel dalam sistem imun berkurang, sekali gus meningkatkan risiko terhadap penyakit kayap. Kayap lazimnya muncul sebagai ruam, dengan lepuhan yang menyakitkan di dada, perut atau muka.

VAKSIN KAYAP KINI DI MALAYSIA

VAKSIN KAYAP KINI DI MALAYSIA



Kesakitan sering digambarkan sebagai sakit yang menyengat, terbakar, menikam atau seperti kejutan elektrik. 

Selepas ruam, seseorang juga boleh mengalami neuralgia pasca-herpetic (PHN), kesakitan yang berlarutan sekurang-kurangnya tiga bulan hingga beberapa tahun. PHN ialah komplikasi kayap yang paling lazim, yang berlaku sehingga 5%-25% daripada semua kes kayap bergantung pada umur.

Okay jangan risau tentang kayap ye, sebab sekarang ni, kita dah ada vaksin untuk Kayap.

VAKSIN KAYAP KINI DI MALAYSIA

VAKSIN KAYAP KINI DI MALAYSIA

Dr Peter, Pakar Dermatologi Prince Court Hospital



Vaksin Kayap 


GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd (GSK) mengumumkan pelancaran vaksin Herpes Zoster, Shingrix (MAL24056002ARZ), juga dikenali sebagai Vaksin Zoster Rekombinan, Adjuvanted (RZV) di Malaysia untuk pencegahan kayap (herpes zoster, HZ) dan neuralgia pasca-herpetik (PHN) bagi orang dewasa berumur 50 tahun ke atas.iRZV ialah vaksin adjuvanted subunit rekombinan bukan hidup yang diberikan secara intramuskular dalam dua dos.

Vaksin Kayap iaitu Shingrix [Vaksin Herpes Zoster (rekombinan, adjuvanted AS01)] ialah vaksin subunit rekombinan bukan hidup yang ditunjukkan untuk pencegahan kayap (herpes zoster) dan, di beberapa pasaran, untuk neuralgia pasca-herpetik (PHN), bagi orang dewasa berumur 50 tahun ke atas. 

Indikasi RZV juga termasuk pencegahan HZ pada orang dewasa berumur 18 tahun ke atas yang sedang atau akan menghadapi peningkatan risiko herpes zoster akibat kekurangan imun atau imunosupresi yang disebabkan oleh penyakit atau terapi yang diketahui.
 
RZV, diberikan secara intramuskular dalam dua dos, direka khusus untuk meningkatkan tindak balas imun bagi sistem imun yang menurun atau terkompromi.

VAKSIN KAYAP KINI DI MALAYSIA



Dr Alap Gandhi, Pengarah Perubatan Negara GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd (GSK) Malaysia berkata: “Kayap ialah penyakit yang boleh menyebabkan kesakitan yang melampau dan penyakit ini disebabkan oleh pengaktifan semula virus varicella zoster. RZV telah direka khusus untuk meningkatkan tindak balas imun terhadap virus bagi mereka yang berumur 50 tahun ke atas atau bagi mereka yang mengalami keadaan imunokompromi."


Beliau merumuskan, "Kami berasa gembira bahawa rakyat di Malaysia kini akan mempunyai akses kepada vaksin RZV untuk membantu mengurangkan beban penyakit yang menyakitkan ini."


PM-MY-SGX-COCO-240003 Tarikh Kelulusan: 16 Ogos 2024
KKLIU 2560 / EXP 29.01.2025

Tanda dagangan dimiliki oleh atau dilesenkan oleh GSK.

Maklumat Keselamatan Penting


Yang berikut ditulis berdasarkan Maklumat Preskripsi Malaysia untuk Vaksin Zoster Rekombinan (RZV). Sila rujuk Maklumat Preskripsi penuh untuk semua maklumat keselamatan berlabel.

RZV dikontraindikasikan pada sesiapa yang hipersensitif kepada bahan aktif atau kepada mana-mana eksipien RZV.

Seperti semua vaksin yang boleh disuntik, rawatan dan penyeliaan perubatan yang sesuai hendaklah sentiasa tersedia sekiranya berlaku kejadian anafilaksis selepas pemberian vaksin.
RZV harus diberikan dengan berhati-hati kepada individu yang mengalami trombositopenia atau sebarang gangguan pembekuan (coagulation disorder) kerana pendarahan mungkin berlaku selepas pemberian intramuskular kepada subjek ini.

Dalam kajian pemerhatian pasca pemasaran, peningkatan risiko sindrom Guillain-Barré diperhatikan dalam tempoh 42 hari selepas vaksinasi dengan RZV.

Syncope (pengsan) boleh dikaitkan dengan pemberian vaksin, termasuk RZV. Prosedur harus disediakan untuk mengelakkan kecederaan akibat jatuh.

Bagi orang dewasa berumur 50 tahun ke atas, reaksi buruk yang paling kerap dilaporkan ialah kesakitan di tempat suntikan, mialgia, keletihan dan sakit kepala. Kebanyakan tindak balas ini tidak berpanjangan.

Bagi orang dewasa ≥ 18 tahun yang mengalami imunodefisiensi atau imunosupresi akibat penyakit atau terapi, profil keselamatan adalah konsisten dengan yang diperhatikan pada orang dewasa berumur 50 tahun ke atas.

Tiada data keselamatan, imunogenisiti atau keberkesanan untuk menyokong penggantian dos RZV dengan dos vaksin HZ yang lain. Terdapat data terhad untuk menyokong penggunaan RZV pada individu yang mempunyai sejarah HZ. Oleh itu, profesional penjagaan kesihatan perlu mempertimbangkan manfaat dan risiko vaksinasi HZ secara individu.

Tiada data daripada penggunaan RZV pada wanita hamil. Sebagai langkah berjaga-jaga, adalah lebih baik untuk mengelakkan penggunaan RZV semasa kehamilan.

Kesan ke atas bayi yang diberi susu ibu pemberian Shingrix kepada ibu mereka belum dikaji. Tidak diketahui sama ada RZV diekskresikan dalam susu manusia.

Seperti mana-mana vaksin, tindak balas imun pelindung mungkin tidak dapat dicapai dalam semua penerima vaksin.

Perihal GSK


GSK ialah syarikat biopharma global dengan cita-cita dan tujuan untuk menyatukan sains, teknologi dan bakat untuk bekerjasama dalam usaha mengatasi penyakit. Kami menetapkan sasaran untuk memberikan impak yang positif kepada kesihatan 2.5 bilion penduduk dalam tempoh 10 tahun akan datang. Cita-cita kami yang tinggi untuk pesakit dicerminkan dalam komitmen baharu terhadap pertumbuhan dan peningkatan yang ketara dalam prestasi. Kami telah beroperasi di Malaysia selama lebih 65 tahun, sejak memulakan operasi pertama kami pada bulan Oktober 1958. Dalam tempoh enam dekad yang lalu, GSK Malaysia telah berkembang dengan ketara baik dalam infrastruktur, operasi perniagaan mahupun asas bakat. Kini beroperasi dengan lebih 400 pekerja yang ditempatkan di dua entiti perniagaan kami – Farmaseutikal & Vaksin dan Pusat Perkhidmatan Perniagaan. Ketahui selanjutnya di Malaysia | GSK.


Kenyataan berhati-hati mengenai kenyataan berpandangan ke hadapan

GSK memberikan amaran kepada pelabur bahawa sebarang kenyataan atau unjuran yang berpandangan ke hadapan yang dibuat oleh GSK, termasuk yang dibuat dalam pengumuman ini, tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang mungkin menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara ketara daripada yang diunjurkan. Faktor-faktor tersebut termasuk, tetapi tidak terhad kepada, yang diterangkan di bawah Perkara 3.D 'Risiko dan ketidakpastian utama' dalam Laporan Tahunan syarikat pada Borang 20-F untuk 2019.

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post