Menyedari kuasa transformatif pendidikan dalam membentuk masa depan, OXY, jenama penjagaan kulit anti-jerawat terkemuka untuk remaja di Malaysia, mengukuhkan komitmennya bagi menyokong pembelajaran murid-murid dari komuniti yang terpinggir untuk tahun ketiga. Melalui kempen edukatif ‘Sending Love & Care to Children’, OXY telah bekerjasama dengan Yayasan MyKasih dan Watsons Malaysia untuk memberikan sokongan pendidikan kepada lebih 600 murid dari empat buah sekolah Orang Asli di daerah Selangor.
OXY MENGUKUHKAN KOMITMEN TERHADAP TAHAP PENDIDIKAN YANG BAIK MELALUI KEMPEN “SENDING LOVE CARE TO CHILDREN”, MENYOKONG LEBIH 600 MURID ORANG ASLI
Inisiatif untuk menyokong murid Orang Asli ini diteruskan ke tahun kedua di mana Sekolah
Kebangsaan Sungai Judah (A), Pulau Carey, yang merupakan penerima manfaat tahun lalu,
menyaksikan peningkatan dalam kehadiran murid, meningkat daripada 69% kepada 80%,
melebihi KPI yang ditetapkan sebanyak 72%, hasil sumbangan OXY dalam peralatan audio
visual dan bahan-bahan pembelajaran.
Tiga buah sekolah lain yang merupakan penerima manfaat dalam kempen tahun ini termasuk Sekolah Kebangsaan Bukit Kemandol (A), Bandar Saujana Putra, Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A), Dengkil, dan Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan (A), Damansara Perdana.
Program ini termasuklah kelas tambahan selepas waktu sekolah untuk 178 murid Orang Asli dari darjah 4 hingga 6 untuk meningkatkan kemahiran asas mereka dalam membaca, mengeja dan menulis. Inisiatif ini juga telah meningkatkan tahap literasi murid dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia selepas ia diperkenalkan tahun lalu di Sekolah Kebangsaan Sungai Judah (A), Pulau Carey. Selain daripada program literasi, kempen ‘Sending Love & Care to Children’ oleh OXY juga menyediakan sudut membaca atau perpustakaan mini di
dalam bilik darjah untuk memupuk minat membaca. Sokongan lanjut dari segi makanan dan
bahan pembelajaran lain akan diberikan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran
kanak-kanak dari golongan komuniti yang terpinggir ini.
Untuk menggalakkan aktiviti fizikal dan juga semangat berpasukan di kalangan murid, OXY
telah menganjurkan acara sukaneka di antara sekolah. Acara sukaneka yang merangkumi pelbagai bentuk permainan termasuklah Lumba Tarik Guni, Mengisi Botol Air dengan Span dan Lumba Bola Ping Pong-dan-Sudu. Setiap murid juga menerima cenderahati daripada OXY sebagai tanda penghargaan atas penglibatan mereka.
Untuk merealisasikan kempen ini, OXY, bersama Watsons Malaysia, telah berjaya mengumpul jumlah sumbangan sebanyak RM50,000 untuk membiayai pendidikan dan pembelajaran murid Orang Asli.
Pihak sekolah memuji dedikasi OXY dalam memberikan bantuan pendidikan untuk murid Orang Asli yang terpinggir. Usaha Yayasan MyKasih dan Watsons Malaysia juga diiktiraf, dan menonjolkan komitmen besar mereka untuk memberikan masa depan yang lebih cerah bagi komuniti ini. Kempen ini dijangka dapat membantu merapatkan jurang pendidikan dan membuka peluang baharu untuk pertumbuhan dan perkembangan komuniti Orang Asli.
Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum (M), menekankan kepentingan untuk menyediakan peluang pendidikan yang setara untuk setiap kanak-kanak, tanpa mengira latar belakang mereka. Beliau mengharap dengan sokongan pendidikan dan bahan pembelajaran yang disediakan oleh OXY, murid-murid akan lebih bersedia untuk cemerlang dalam pembelajaran mereka dan mendapatkan prospek masa depan yang cerah. Beliau juga berharap bahawa melalui inisiatif OXY, sesi pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan dan menggalakkan murid-murid lebih bersemangat untuk hadir ke sekolah.
“Kami memahami kekangan kewangan dan sumber pendidikan terhad yang mungkin dihadapi oleh murid Orang Asli. Justeru, kami berhasrat untuk meneruskan sokongan kami kepada golongan kanak-kanak Orang Asli yang terpinggir ini. Dengan sokongan rakan sepakat kami, termasuklah Watsons Malaysia, Yayasan MyKasih dan guru-guru yang berdedikasi di sekolah, kami yakin bahawa murid-murid akan dapat mengatasi halangan dan mencapai matlamat pendidikan mereka. Matlamat kami adalah untuk mencipta perbezaan yang bermakna dalam kehidupan mereka dan menawarkan mereka peluang untuk
berkembang maju dan berjaya,” tambah Lim.
Jenama penjagaan kulit untuk remaja, rangkaian produk OXY telah terbukti berkesan menangani masalah biasa kulit remaja seperti jerawat, kulit berminyak dan kulit yang terdedah kepada bintik hitam. Misi OXY melangkaui membantu remaja mencapai kulit dan keyakinan yang baik. Kami bertekad untuk menyokong pendidikan pelajar yang terpinggir dan memastikan peluang pendidikan yang setara untuk mereka.
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami, OXY akan terus menyediakan sokongan dan sumber untuk memperkasakan lebih ramai kanak-kanak, membuka jalan untuk masa depan yang lebih cerah. Dengan menggabungkan kepakaran penjagaan kulit dengan tanggungjawab sosial, OXY berusaha untuk memberi impak positif kepada kehidupan golongan muda, memupuk kesejahteraan dan keyakinan holistik mereka.
Untuk maklumat lanjut atau menyokong kempen & Sending Love & Care to Children’ pada masa hadapan, sila layari OXY Malaysia di:
Mengenai Syarikat Mentholatum
Syarikat Mentholatum, diasaskan pada tahun 1889 sebagai pengilang dan pemasar produk dadah tanpa-preskripsi dan produk penjagaan kesihatan. Beribu pejabat di Orchard Park, New York, Amerika Syarikat dan beroperasi di Australia, Afrika Selatan, Kanada, Scotland, Taiwan, Thailand, Malaysia, Hong Kong, Mexico, KoreaSelatan,P.RChina,India dan Jepun.
Pengilangannya beroperasi di 26 lokasi di seluruh dunia dan pemasaran/pengedaran di lebih 150 buah negara. Secara dasarnya, syarikat ini sudah pun berusia 99 tahun, dan dimiliki oleh Rohto Pharmaceutical Company Ltd. di Osaka, Jepun pada 1988. Rohto berperanan penting dalam pasaran farmaseutikal Jepun dengan mencatatkan penjualan produk terlaris untuk kategori penjagaan mata, kelegaan perut dan topikal.
Sejak 1889, Syarikat Mentholatum telah membangun dan berkembang daripada hanya sebagai pembekal sabun dan bahan pembersihan diri kecil-kecilan sehinggalah bergelar syarikat bertaraf antarabangsa, yang memasarkan bahan perubatan berkualiti ke seluruh negara. Rangkaian produk Mentholatum mengecapi reputasi tinggi untuk kualiti dan nilai di Amerika Syarikat dan di kebanyakan negara-negara lain seluruh dunia. Setiap produk keluaran Mentholatum dijual dengan jaminan kepuasan tanpa syarat.
Jenama di bawah Mentholatum: Lipice, Oxy, Hada Labom Selsun, Sunplay, Rohto Eye Drops, Botanics, Deep Heating Rub, Melano CC dan Dermistry.
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com