Golden Screen Cinemas dan Applecrumby® Bergabung untuk Memberikan Pengalaman Kanak-kanak Secara Menyeluruh

Golden Screen Cinemas dan Applecrumby® Bergabung untuk Memberikan Pengalaman Kanak-kanak Secara Menyeluruh

Golden Screen Cinemas dan Applecrumby® Bergabung

Golden Screen Cinemas dan Applecrumby® Bergabung


Kerjasama ini menggalakkan masa berkualiti bagi mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak-anak sambil memberikan pengalaman sinematik yang selamat dan menyeronokkan

Golden Screen Cinemas dan Applecrumby® Bergabung

Golden Screen Cinemas dan Applecrumby® Bergabung



Peneraju pawagam Golden Screen Cinemas (‘GSC’) dan jenama kesihatan dan kesejahteraan bayi antarabangsa dari Malaysia, Applecrumby® yang terkenal dengan barangan keperluan bayi yang selamat, semula jadi, dan berpatutan, amat teruja mengumumkan satu kerjasama yang dirasmikan melalui majlis pelancaran di GSC IOI City Mall 2, Putrajaya. 

Kolaborasi selama setahun ini menumpukan perhatian kepada memupuk masa berkualiti sesama ahli keluarga di samping memastikan ruang yang selamat serta menyeronokkan untuk ibu bapa dan kanak-kanak nikmati. Melalui nilai-nilai dikongsi bersama ini, dewan dan ruang permainan GSC Play yang mesra keluarga adalah direka bagi memberikan persekitaran yang selamat dan menarik, manakala Applecrumby® menawarkan produk-produk yang diperbuat daripada bahan-bahan yang selamat dan organik bagi memastikan kualiti dalam setiap fasa pembesaran kanak-kanak, agar ibu bapa merasa yakin dan gembira.

Golden Screen Cinemas dan Applecrumby® Bergabung

(Kiri ke Kanan): Cik Michelle Tan, Ketua Jualan, Golden Screen Cinemas, Cik Shirley Low, Ketua Pegawai Pemasaran, Golden Screen Cinemas, Encik Sean Tan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama, Duchess Mercantiles Sdn Bhd dan Cik Jesmine Tan, Ketua Pegawai Operasi dan Pengasas Bersama, Duchess Mercantiles Sdn Bhd merasmikan perkongsian antara GSC dan Applecrumby® untuk menggalakkan pengalaman yang sihat untuk kanak-kanak!


Perkongsian ini membawakan kolaborasi produk yang menarik, siri episod mini atau minisodes yang menyeronokkan, memberikan ruang yang lebih besar kepada produk-produk berkualiti daripada Applecrumby®. Direka untuk memberikan ketenangan kepada ibu bapa, bilik penyusuan dan bilik persalinan bayi yang telah diberi nafas baharu di empat lokasi GSC Play kini membawakan ketersediaan produk berkualiti Applecrumby® seperti pembersih botol susu dan peralatan bayi dan tisu basah premium; untuk kegunaan ibu bapa setiap kali mereka singgah ke mana-mana lokasi GSC Play ini!

Golden Screen Cinemas dan Applecrumby® Bergabung


“Di GSC, kami amat berdedikasi untuk mencipta persekitaran yang selamat dan mesra di mana keluarga boleh mencipta kenangan manis bersama-sama. Kami sedia maklum bahawa membawa kanak-kanak ke tempat awam mungkin agak mencabar. Oleh itu kami mengambil langkah tambahan untuk meningkatkan fasiliti kami yang memberikan keselesaan kepada setiap keperluan ibu bapa di setiap bahagian, seperti barangan keperluan Applecrumby®. Perkongsian kami bersama Applecrumby® menegaskan komitmen kami dalam memastikan keselesaan dan keselamatan, menjadikan masa bersama keluarga lebih menyeronokkan dan bebas tekanan. Kami bersama-sama berhasrat untuk menyediakan lebih nilai tambahan kepada keluarga dan mencipta pengalaman yang menyeluruh,” kata Shirley Low, Ketua Pegawai Pemasaran, Golden Screen Cinemas.

Golden Screen Cinemas dan Applecrumby® Bergabung

Melangkah ke dunia penuh keajaiban dengan minisode GSC Play dan Applecrumby®


Perkongsian yang menarik ini turut menggalakkan keseronokan bagi seisi keluarga dengan memperkenalkan dua episod mini atau minisodes – siri video berdurasi 60 saat pada skrin yang menampilkan maskot-maskot GSC Play - Jesse dan Pop Pop – bersama watak-watak comel Applecrumby® yang dihidupkan iaitu Roger Moor, Lola Bunn dan Drako Greene. Kedua-dua minisodes ini bertujuan untuk mempromosikan pengalaman kanak-kanak yang menyeluruh di GSC bersama produk-produk Applecrumby® yang mengutamakan keselamatan dan keselesaan walaupun semasa menonton filem!

Minisode yang pertama memperkenalkan bilik bayi dan bilik menyusu Applecrumby® yang baharu dihias. Minisode ini akan ditayangkan buat pertama kali di semua pawagam GSC di seluruh negara mulai akhir November 2024. Minisode kedua pula mengetengahkan tisu basah premium Applecrumby®, yang direka dengan mengutamakan keselamatan kanak-kanak. Diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi dan bebas daripada bahan kimia yang memudaratkan, tisu basah ini adalah lembut tetapi tahan lasak untuk kegunaan harian. Saksikan keriangan watak-watak comel ini berseronok di GSC PlayPark dengan membawa tisu basah mesra kulit ini. Minisod ini dijangka akan ditayangkan mulai Mac 2025.

Memperkenalkan lampin rekaan khas GSC Play dan Applecrumby® yang comel!


Sebagai langkah inovasi berani yang diketengahkan melalui perkongsian ini, GSC dan Applecrumby® telah melancarkan lampin pereka yang pertama seumpamanya, menampilkan maskot-maskot GSC Play – Jesse & Friends, bersama dengan Applecrumby® & Friends! Dengan mementingkan keselamatan si manja, lampin Applecrumby® yang memenangi anugerah ini memiliki pelbagai fungsi selain kelihatan comel, serta bebas klorin 100%.


Lampin pereka ini juga didatangkan dengan beg merah jambu istimewa GSC dan Applecrumby®. Produk ini akan tersedia untuk pembelian mulai pertengahan Disember 2024 (sehingga kehabisan stok).

“Setelah membuat perancangan rapi selama beberapa bulan, kami teruja untuk mengumumkan perkongsian kami bersama Golden Screen Cinemas. Kolaborasi ini merupakan pencapaian penting kepada Applecrumby kerana ia membolehkan kami memperkenalkan barangan keperluan bayi kami dalam persekitaran yang menarik dan mesra keluarga. Dengan menggabungkan kepakaran kami dalam penjagaan bayi bersama keajaiban pawagam, kami berharap agar dapat mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada semua keluarga di Malaysia" ujar Sean Tan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Applecrumby®.

Bergandingan tangan bersama GSC Play Meal dan Applecrumby® Premium Baby Wipes


Dari masa bermain ke menonton filem dan seterusnya makan, kanak-kanak boleh menikmati pengalaman yang menyeronokkan di GSC Play, dan GSC Playmeal kini membawakan tisu basah premium Applecrumby® yang ideal pada saat-saat memerlukan!


Kanak-kanak sememangnya comot secara semula jadi dan tisu basah premium Applecrumby® boleh anda dapati di semua lokasi GSC di seluruh negara pada harga RM12.90

Tingkatkan pengalaman menyeluruh ke tahap lebih tinggi dengan Peraduan GSC x Applecrumby® Tower


Malaysia mungkin memiliki banyak bangunan pencakar langit, tetapi Tower GSC dan Applecrumby® ialah satu-satunya menara yang berbaloi untuk dicapai! 

Bersedialah untuk Peraduan Tower GSC dan Applecrumby®, yang berjalan mulai 15 Disember 2024 sehingga 25 Januari 2025! Sertai peraduan ini untuk peluang membawa pulang tower produk yang unggul dengan nilai keseluruhan sebanyak RM8,528 yang sarat dengan lampin pereka GSC dan Applecrumby®, barangan keperluan Applecrumby®, dan barangan eksklusif Jesse & Friends. 

Untuk menyertai, hanya buat pembelian untuk mana-mana lampin pereka GSC dan Applecrumby® atau produk Applecrumby® yang lain. Sebagai galakan tambahan, setiap lampin pereka yang dibeli akan memberikan dua kali ganda peluang untuk anda memenangi tower tersebut. Jangan lepaskan peluang menyeronokkan ini – tandakan kalendar anda untuk tarikh pelancaran peraduan ini!


Golden Screen Cinemas dan Applecrumby® Bergabung

*Senarai lokasi bilik bayi dan bilik menyusu GSC Play and Applecrumby®:

GSC IOI City Mall 2 (East Wing), Putrajaya.
GSC KL East Mall.
GSC Starling Mall.
GSC Tropicana Gardens Mall.

Nantikan promosi dan peraduan akan datang melalui laman sesawang dan saluran media GSC dan Applecrumby®!



Mengenai Golden Screen Cinemas


Golden Screen Cinemas Sdn. Bhd. (GSC) ialah sebuah subsidiari milik penuh Kumpulan PPB (sebahagian daripada Kumpulan Kuok), yang mengendalikan sejumlah lebih 628 skrin di lebih 74 lokasi di seluruh Malaysia dan Vietnam, dengan 498 skrin di 52 lokasi di Malaysia; dan 130 skrin di 22 lokasi di Vietnam melalui kerjasama dengan Galaxy Studio. Sebagai peneraju pawagam di Malaysia, GSC menyampaikan pengalaman inovatif, bersepadu, dan gaya hidup yang dihebatkan melalui teknologi sinematik termaju, barangan dagangan, makanan dan minuman, acara dan banyak lagi. GSC juga memiliki pawagam mewah butik Aurum Theatre yang pertama seumpamanya di Malaysia, dengan tempat duduk mewah, perkhidmatan diperibadikan, dan sajian dari segenap benua.

Mengenai Applecrumby®


Applecrumby® ialah kisah cinta, keluarga, dan inovasi yang bermula pada 2012. Jenama ini diasaskan oleh pasukan suami-isteri di Malaysia selepas kelahiran anak perempuan mereka. Mereka kecewa dengan kekurangan pilihan lampin bayi yang selamat dan premium di pasaran dan memutuskan untuk mengambil keputusan sendiri.

Pasangan itu komited untuk mencipta lampin yang bukan sahaja selamat dan lembut tetapi juga mesra alam. Mereka menghabiskan berbulan-bulan meneliti dan menguji bahan dan reka bentuk yang berbeza sehingga mereka menemui gabungan yang sempurna.

Tetapi mengapa mereka memilih nama Applecrumby®? Bagi pengasas, nama Applecrumby® mewakili intipati zaman kanak-kanak, dengan konotasi manis dan tidak bersalah. Epal adalah simbol kesihatan dan kecergasan, manakala "rangup" merujuk kepada detik-detik kucar-kacir dan kegembiraan yang datang dengan membesarkan bayi. Applecrumby® mahu bukan sahaja menerima semua kegembiraan yang datang dengan membesarkan bayi, tetapi semua huru-hara yang datang dengannya juga.

Hari ini, Applecrumby® ialah nama yang dipercayai oleh ibu bapa di seluruh Asia. Ia bermaksud kualiti terbaik dan keperluan bayi yang paling selamat. Ia lebih daripada sekadar lampin, Applecrumby® adalah mengenai kasih sayang mendalam ibu bapa, inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka, dan mengharapkan dunia yang lebih bersih dan hijau untuk mereka membesar.

Mereka telah mencipta lampin yang selamat dan berkesan, dan produk yang boleh dipercayai oleh ibu bapa yang bebas daripada sebarang nasties. Ini semua tentang menjadi jelas dan terbuka, dan memahami apa yang ibu bapa lalui. Dengan Applecrumby®, ibu bapa boleh berasa selesa mengetahui bahawa bayi mereka berada di tangan yang baik.

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post