MAKNA DAN JOBBIE MERAIKAN PINK WOBBLY BREAST ODYSSEY DI KPJ DAMANSARA 2

Oktober merupakan Bulan Kesedaran Kanser Payudara (Oktober Pink), jenama mentega kacang semula jadi terkenal, JOBBIE mengumumkan kerjasama dengan Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA) untuk melancarkan kempen CSR dan pendidikan khas yang diberi nama “Pink Wobbly Breast Odyssey”


MAKNA DAN JOBBIE MERAIKAN PINK WOBBLY BREAST ODYSSEY DI KPJ DAMANSARA 2

MAKNA DAN JOBBIE MERAIKAN PINK WOBBLY BREAST ODYSSEY DI KPJ DAMANSARA 2



Kempen ini telah dilancarkan secara rasmi di Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2) dihadiri lebih daripada 100 tetamu yang terdiri daripada orang awam, tetamu VIP, kolaborator, ahli media dan pencipta kandungan, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara sambil menyokong inisiatif kesihatan payudara MAKNA.

MAKNA DAN JOBBIE MERAIKAN PINK WOBBLY BREAST ODYSSEY DI KPJ DAMANSARA 2



MAKNA DAN JOBBIE MERAIKAN PINK WOBBLY BREAST ODYSSEY DI KPJ DAMANSARA 2

MAKNA DAN JOBBIE MERAIKAN PINK WOBBLY BREAST ODYSSEY DI KPJ DAMANSARA 2


Antara nama-nama terkenal yang hadir adalah Timbalan GM MAKNA, En. Vemanna Appannah, dan pempengaruh media sosial Maryam You Narae, juga dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi. Di pelancaran kempen, JOBBIE memperkenalkan edisi terhad 5,000 balang kaca Jobbie merah jambu yang direka khas dengan label “Pink Wobbly Breast Odyssey”.

MAKNA DAN JOBBIE MERAIKAN PINK WOBBLY BREAST ODYSSEY DI KPJ DAMANSARA 2

MAKNA DAN JOBBIE MERAIKAN PINK WOBBLY BREAST ODYSSEY DI KPJ DAMANSARA 2


Setiap balang menampilkan maklumat kesedaran kanser payudara dengan reka bentuk berwarna merah jambu yang menarik, melambangkan perjalanan dan keberanian individu yang menghidap penyakit ini. Untuk setiap balang yang dijual, RM1 akan diderma kepada MAKNA untuk menyokong program kesihatan payudaranya, demi membantu menyediakan sumber maklumat dan rawatan bagi mereka yang terjejas oleh kanser payudara.

Nama kempen ini diilhamkan daripada dua elemen utama yang berkaitan perjalanan kanser. Perkataan “Wobbly”melambangkan kerentanan yang dihadapi ketika memerangi kanser payudara, sementara “Odyssey mencerminkan perjalanan unik dan penuh keberanian setiap orang yang menghadapi penyakit ini. Ini selaras dengan matlanat JOBBIE untuk menyebarkan kegembiraan dan memperjuangkan kualiti hidup yang lebih baik.

MAKNA DAN JOBBIE MERAIKAN PINK WOBBLY BREAST ODYSSEY DI KPJ DAMANSARA 2

MAKNA DAN JOBBIE MERAIKAN PINK WOBBLY BREAST ODYSSEY DI KPJ DAMANSARA 2



En. Victor Chin, Ketua Pegawai Eksekutif JOBBIE menjelaskan, kerjasama JOBBIE dengan MAKNA merupakan peringatan kepada semua rakyat Malaysia untuk mengambil peranan aktif dalam memahami dan mempromosi kesihatan payudara. Pengesanan awal menyelamatkan nyawa, dan 'Pink Wobbly Breast Odyssey' menggalakkan semua orang untuk menyebarkan pengetahuan, menyokong pesakit dan menyumbang kepada penyelidikan dan jawatan kanser payudara.

Di JOBBIE, kami percaya bahawa sebagaimana mentega kacang kami menyebarkan kegembiraan, kami ingin menyebarkan sedikit harapan, semangat dan sokongan kepada pejuang dan pemandiri kanser payudara melalui inisiatif ini. Komitmen kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia hidup dengan lebih baik dan lebih sihat, dan pada masa yang sama mengilhamkan rakyat Malaysia untuk peka terhadap penyakit yang bukan sahaja memberi kesan kepada pesakit tetapi juga keluarganya. Melalui inisiatif ini, kami ingin menggalakkan komuniti dan penjaga pesakit untuk menyokong satu sama lain dan mengambil kesihatan payudara dengan serius.


Acara pelancaran menampilkan pelbagai aktiviti kesihatan yang menyarankan rejim holistik untuk penjagaan kesihatan payudara. Para tetamu menikmati sesi yoga yang menegaskan kepentingan kesihatan mental bagi mereka yang hidup dengan kanser. Pameran Wobbly Breast Hall of Fame turut menampilkan maklumat tentang kempen serta karya seni yang diilhamkan oleh Reka Bentuk Wobby Breast.


MAKNA DAN JOBBIE MERAIKAN PINK WOBBLY BREAST ODYSSEY DI KPJ DAMANSARA 2


Peserta-peserta juga diberi peluang untuk menghasilkan karya seni mereka sendiri dan menerima saringan kanser payudara percuma, disediakan oleh penaja kami, Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2).

Kanser payudara merupakan bentuk kanser nombor satu di kalangan wanita di Malaysia, sebanyak 32% daripada semua kanser yang dikesan dalam wanita. Risiko menghidap kanser payudara meningkat dengan usia dan berlaku dengan lebih kerap di kalangan individu berusia 50 tahun ke atas.

MAKNA DAN JOBBIE MERAIKAN PINK WOBBLY BREAST ODYSSEY DI KPJ DAMANSARA 2


Malangnya, kebanyakan kes dikesan lewat, dengan hampir separuh kes dikesan pada Tahap 3 atau Tahap 4, apabila pilihan rawatan lebih terhad dan peluang untuk bertahan hidup menurun.

Statistik ini menekankan kepentingan pengesanan awal dan saringan berkala, terutamanya bagi wanita berumur 40 tahun ke atas, demi meningkatkan peluang rawatan dan mengurangkan kadar kematian yang berkaitan dengan penyakit ini.

Acara pelancaran kempen turut menampilkan pakar kesihatan dan pemandiri kanser untuk berkongsi pandangan praktikal tentang penjagaan dan pengurusan kanser.

Dr. Haliza Kamarudin, Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2), membincangkan hal kesihatan wanita, menekankan kepentingan saringan awal seperti mamogram dan pemeriksaan payudara diri pada pelbagai peringkat kehidupan.

“Pengalaman hidup wanita dipengaruhi oleh pelbagai risiko dan implikasi kesihatan melalui pelbagai peringkat kehidupan mereka.

Ini termasuk perubahan hormon, menopaus dan yang terutamanya kanser payudara. Dalam peranan kami dalam ginekologi, kami menekankan kesihatan umum wanita, kebersihan dan kesejahteraan, dan dalam kes kanser payudara, menasihati cara-cara tertentu untuk mengurusnya dengan rawatan, terapi hormon dan rancangan pengurusan kesihatan wanita secara keseluruhan.

Adalah penting bagi wanita untuk mendapat maklumat tentang kesihatan payudara dan memantau risiko dan perubahan kepada tubuh mereka dan mengamalkan rejim gaya hidup sihat. Saringan berkala dan pengesanan awal adalah penting bagi mencegah kanser payudara atau menjalani rawatan pada peringkat awal kata Dr Haliz.

Pengacara, pemandiri kanser dan aktivis Choo Mei Sze berkongsi pengalaman dan kejayaannya sendiri
mengharungi kanser, memberi dorongan kepada mereka yang menghadapi cabaran yang sama.

Perjuangan menentang kanser merupakan perjalanan yang sunyi dipenuhi dengan suka duka terutamanya pada usia muda, jadi menerima sokongan dari keluarga dan orang tersayang sangat penting

Kuncinya adalah untuk bersemangat dan berfikiran positif serta mengambil langkah untuk mengurus penyakit dengan maklumat yang betul serta rawatan. Saya amat berbesar hati untuk menyertai inisiatif ini dan berkongsi perjalanan peribadi saya dengan harapan dapat mengilhamkan mereka yang sedang memerangi pertarungan mereka sendiri.

MAKNA DAN JOBBIE MERAIKAN PINK WOBBLY BREAST ODYSSEY DI KPJ DAMANSARA 2

Untuk maklumat lanjut mengenai Inisiatif “Pink Wobbly Breast Odyssey” Jobbie, sila lawati

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post