TOPVISION Eye Specialist Berhad (“TOPVISION” atau “Syarikat”), pemain berpengalaman dalam perkhidmatan penjagaan perubatan mata di Malaysia, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran prospektusnya untuk Tawaran Awam akan datang bersempena dengan Pemindahan penyenaraian TOPVISION daripada Pasaran LEAP ke Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”), satu langkah yang menekankan komitmen berterusannya untuk menyampaikan penjagaan kesihatan mata berkualiti tinggi di seluruh negara serta meningkatkan keterlihatan pasaran awam TOPVISION.
TOPVISION daripada Pasaran LEAP ke Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad
Syarikat Jangka Raih RM17.89 Juta Daripada Tawaran Awam Pasaran ACE. Tawaran Awam ini menyasarkan untuk mengumpul RM17.89 juta melalui terbitan 54.22 juta saham biasa baharu pada harga runcit RM0.33 sesaham. Dana yang diperoleh daripada latihan ini akan diperuntukkan seperti berikut:
- RM7.90 juta untuk penubuhan TOPVISION International Eye Specialist Centre di Lembah Klang, pusat penjagaan ambulatori mata tertiari dengan perkhidmatan subkepakaran seperti pembedahan retina, pemindahan kornea, dan oftalmologi pediatrik untuk memenuhi keperluan pesakit dan meningkatkan standard penjagaan kesihatan mata.
- RM5.00 juta untuk mengembangkan rangkaian ACC dengan pusat baharu di Kuala Terengganu dan Tawau, Sabah, memperluaskan kehadiran TOPVISION di Malaysia Timur dan meningkatkan akses kepada penjagaan mata yang berkualiti.
- RM0.50 juta untuk pembelian mesin, termasuk mesin fakoemulsifikasi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan di seluruh rangkaian TOPVISION.
- RM4.50 juta untuk perbelanjaan penyenaraian bagi pemindahan penyenaraian daripada Pasaran LEAP ke Pasaran ACE Bursa Securities.
Dr. Peter Chong Kuok Siong, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif TOPVISION berkata, “Kami sangat teruja untuk melancarkan prospektus kami, menandakan satu lagi pencapaian TOPVISION dalam proses pemindahan penyenaraiannya ke Pasaran ACE. Langkah ini bukan sahaja mempercepatkan pertumbuhan kami tetapi menggariskan komitmen kami untuk memajukan penjagaan kesihatan mata di seluruh Malaysia. Dengan dana yang dikumpul, kami akan mengembangkan rangkaian ACC kami, menubuhkan TOPVISION International, dan melabur dalam mesin baharu, semuanya bertujuan untuk meningkatkan penjagaan pesakit. Penyenaraian ini mencerminkan dedikasi kami terhadap pertumbuhan yang mampan, kecemerlangan klinikal dan misi kami untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit kami.”
Encik Phang Siew Loong, Ketua Pasaran Ekuiti Hong Leong Investment Bank Berhad mengulas, “Peralihan TOPVISION ke Pasaran ACE menandakan satu peristiwa penting dalam perjalanan pertumbuhannya. Kami berbangga untuk menyokong TOPVISION kerana ia membina asas kukuh kecemerlangan klinikal dan penjagaan berpusatkan pesakit.
Dengan penyenaraian ini, TOPVISION berada pada kedudukan yang baik untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk penjagaan mata khusus, sejajar dengan matlamat penjagaan kesihatan Malaysia dan membuka jalan bagi pertumbuhan dan inovasi yang mampan dalam sektor ini.”
Industri penjagaan mata perubatan di Malaysia diunjurkan berkembang dengan ketara, dengan hasil dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (“CAGR”) sebanyak 10.0% daripada RM849.50 juta pada 2024 kepada RM1,249.40 juta menjelang 2028. Pertumbuhan ini adalah didorong oleh beberapa faktor permintaan dan penawaran utama. Dari segi permintaan, faktor termasuk pertumbuhan penduduk yang stabil, populasi yang semakin tua, peningkatan pelancongan perubatan, kemewahan pengguna yang semakin meningkat dan peningkatan penyakit berkaitan gaya hidup. Sementara itu, pertumbuhan dari segi penawaran disokong oleh kemajuan dalam teknologi penjagaan mata perubatan dan sokongan kerajaan yang kukuh.
Hong Leong Investment Bank Berhad ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin Tunggal dan Pemilik Buku Tunggal.
TOPVISION Eye Specialist Berhad ialah penyedia perkhidmatan penjagaan perubatan mata yang terkemuka di Malaysia, mengkhusus dalam rawatan penjagaan mata yang komprehensif termasuk pembedahan katarak, rawatan dan pengurusan glaukoma, serta rawatan dan pengurusan penyakit vitreous dan retina. TOPVISION telah disenaraikan di Pasaran LEAP pada 2018, diasaskan dengan komitmen untuk menyampaikan perkhidmatan perubatan yang maju dan mengutamakan pesakit, TOPVISION mengendalikan rangkaian pusat penjagaan ambulatori (ACC) yang semakin berkembang di seluruh Malaysia. Syarikat memanfaatkan teknologi perubatan dan pasukan pakar oftalmologi yang berpengalaman untuk menyediakan rawatan berkualiti tinggi.
Sebagai pemain berpengalaman dalam bidang ini, TOPVISION terus mengembangkan perkhidmatannya, memfokuskan pada kedua-dua inovasi dan kebolehcapaian untuk meningkatkan kesihatan mata pesakit di seluruh rantau ini.
Untuk maklumat lanjut, lawati https://www.tvesc.com/en/
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com