PENERIMA BIASISWA SISWI SAFI

Tahniah kepada 6 orang siswi yang berjaya menerima Biasiswa Siswi Safi. 

Pendidikan adalah kunci bagi memperkasa setiap wanita untuk mengubah naratif hidup mereka. Sebagai jenama yang menitik beratkan keberdayaan wanita, SAFI - jenama Halal No. 1 di Malaysia, menyokong wanita Malaysia dalam memacu masa depan mereka melalui Program Biasiswa Siswi SAFI. Edisi pertama program ini memberikan biasiswa kepada 6 siswi dari 20 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). 


PENERIMA BIASISWA SISWI SAFI



"Program Biasiswa Siswi SAFI ini adalah kesinambungan misi dan visi jenama SAFI sebagai jenama produk penjagaan diri halal No.1 tempatan yang telah berada di pasaran selama lebih 30 tahun. Kami ingin terus menjadi rakan setia kepada setiap wanita, bukan hanya dengan member keyakinan diri melalui rangkaian produk SAFI yang diformulasi khas untuk wanita Malaysia, tetapi juga dengan membantu mereka memacu potensi diri ke arah yang lebih tinggi," ujar Kazlina Mohd Kassim ,Pakar Jenama & Tinjauan Maklumat SAFI. 

Dilancarkan pada April 2024, program ini telah menerima lebih daripada 900 penyertaan secara dalam talian melalui laman web Biasiswa Siswi SAFI. Setiap penyertaan yang lengkap diminta menghantar video pengenalan diri, sebelum 40 siswi yang menepati ciri-ciri dan aspirasi jenama SAFI disenarai pendek untuk menyertai bootcamp dalam talian. Dalam bootcamp ini, mereka dinilai dari segi kemahiran komunikasi, kreativiti, dan kerjasama dalam satu cabaran penyediaan proposal. 6 siswi yang menunjukkan dedikasi luar biasa telah dipilih sebagai penerima biasiswa.

Kazlina turut menjelaskan, “Visi kami adalah untuk memperkasa wanita muda Malaysia yang kurang berkemampuan dengan menyokong keperluan pendidikan mereka di peringkat universiti. Menerusi program ini, kami ingin memastikan golongan ini mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mencapai kejayaan akademik dan profesional.” 


Beliau menambah lagi, “Sebagai sebuah jenama yang komited terhadap tanggungjawab sosial korporat, SAFI percaya dalam memberi kembali kepada masyarakat. Program Biasiswa Siswi SAFI ini adalah bukti dedikasi kami untuk membantu membangunkan komuniti dan menyokong masa depan generasi muda." 

Melalui program "Seminggu bersama SAFI", para penerima biasiswa juga diberi peluang untuk menyertai lawatan sambil belajar yang bertujuan menyokong perkembangan kerjaya dan pembangunan individu. 

Mereka yang terpilih untuk menerima Biasiswa Siswi SAFI ialah Aishah Umairah Binti Ariffin dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Alia Lai Binti Mohd Fikri Lai dan Nurfadhilah Binti Ab Hamid dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Perak, Puteri Nurdiayanatul Akmal Binti A Rahman dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor, Nurul Fatihah Binti Suhaimi dari Universiti Malaya (UM) Petaling Jaya, dan Nor Alya Farisah Binti Nor Azman dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi. Kriteria pemilihan termasuk mempunyai CGPA sekurang-kurangnya 3.0 dan aktif dalam aktiviti menepati misi dan visi jenama SAFI dalam memperkasa wanita untuk memacu masa hadapan. 

“Saya merasa amat teruja kerana Biasiswa Siswi SAFI ini telah sedikit-sebanyak meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh keluarga demi memastikan impian saya untuk bergelar sarjana, ” jelas Aishah Umairah Ariffin, yang kini menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang. “Selain itu, biasiswa ini juga akan memotivasikan saya untuk kekal fokus pada pelajaran serta menimba ilmu dengan efisyen dan selesa.” 

Bagi Nor Alya Farisah Nor Azman, seorang penuntut dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Biasiswa Siswi SAFI ini merupakan sebuah program biasiswa yang berbeza dari semua program biasiswa yang lain. 

“Satu perkara yang membuat saya tertarik untuk menyertai program Biasiswa Siswi SAFI adalah misi dan visi jenama SAFI itu sendiri yang memfokuskan kepada pemerkasaan wanita dan mengukuhkan keyakinan diri secara menyeluruh,” ujar Nor Alya Farisah. “Sebagai seorang wanita yang berwawasan dan bergagasan, saya amat bersyukur kerana SAFI telah memberikan peluang kepada saya untuk merealisasikan impian saya untuk meneruskan kembara ke ambang kejayaan.” 






Kami berharap inisiatif program Biasiswa Siswi SAFI ini akan menjadi sumber inspirasi berterusan kepada para wanita muda untuk membentuk masa depan mereka, menjadi graduan cemerlang, gemilang membina Impian dan terbilang menjadi suara perubahan dalam komuniti

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post