Gerakan Scott Kalori Kurang, Raya Lebih Riang

MEMPROMOSIKAN AMALAN RAMADAN YANG LEBIH SIHAT MELALUI GERAKAN "KALORI KURANG, RAYA LEBIH RIANG" 


Inisiatif Scott Yang Bermakna Ini Menekankan Langkah Praktikal ke Arah Pemakanan Seimbang Sepanjang Bulan Ramadan

Ketika rakyat Malaysia bersama-sama menyambut Ramadan, amalan-amalan kerohanian pada bulan ini turut disertai dengan tradisi masakan-masakan yang digemari. Namun, dengan pelbagai hidangan yang mewah dan lazat yang dinikmati semasa iftar dan sahur, terdapat keperluan untuk menerapkan tabiat pemakanan yang lebih sihat demi kesejahteraan tubuh badan. Gerakan "Kalori Kurang, Raya Lebih Riang" bertujuan untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia tentang cara mudah dan berkesan untuk mengekalkan diet seimbang sambil tetap menikmati juadah perayaan mereka.



Gerakan Scott Kalori Kurang, Raya Lebih Riang





Dengan kadar obesiti yang semakin meningkat di peringkat global dan dengan Malaysia mencatatkan kadar tertinggi di Asia Tenggara bagi penduduk dewasa yang berlebihan berat badan dan obes, inisiatif ini hadir tepat pada masanya untuk menawarkan penyelesaian yang mudah dan praktikal bagi membuatkan pemakanan yang lebih sihat itu adalah mudah sekali. Misi ini juga merupakan misi jangka panjang yang akan diperkukuhkan oleh Scott bermula pada bulan puasa ini. Fokus utama gerakan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang perubahan kecil tetapi berimpak besar yang boleh dilakukan oleh seseorang individu—seperti mengurangkan lebihan minyak dalam makanan—bagi memastikan manfaat kesihatan jangka panjang tanpa menjejaskan rasa atau tradisi.


Nor Syafiqah Zainal, iaitu Pakar Diet Klinikal di Avisena Women and Children’s Specialist Hospital, menekankan bahawa berbuka puasa dengan makanan yang tinggi lemak atau berminyak boleh menjurus kepada masalah pencernaan. “Walaupun kita kurang makan pada bulan Ramadan, kenaikan berat badan masih boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai pilihan makanan lazat yang menggiurkan di bazar Ramadan atau di majlis berbuka puasa, seperti murtabak, kuih, dan bubur lambuk, yang secara purata boleh mencecah 700 kalori. Semasa berpuasa, badan akan memperlahankan metabolisme untuk menjimatkan tenaga, menjadikannya lebih mudah untuk menyimpan lebihan kalori sebagai lemak. Namun, ini tidak bermaksud seseorang perlu meninggalkan masakan-masakan tradisional. Dengan membuat perubahan kecil—seperti mengurangkan penggunaan minyak—rakyat Malaysia boleh mengekalkan tradisi masakan mereka sambil tetap memberi keutamaan kepada kesihatan mereka. Sama seperti perubahan gaya hidup lain, kuncinya adalah keseimbangan, bukan pengorbanan sepenuhnya. Penyesuaian mudah, seperti penggunaan tisu dapur, boleh menyerap sehingga enam sudu teh minyak daripada hidangan lengkap yang mengandungi beberapa jenis lauk.”

Bagi menyampaikan mesej ini terus kepada masyarakat, inisiatif ini telah turun padang ke bazar-bazar Ramadan, berkolaborasi dengan peniaga-peniaga tempatan untuk menunjukkan cara yang mudah bagi menjadikan hidangan tradisional lebih sihat. "Dengan bekerjasama dengan peniaga-peniaga bazar, kami menunjukkan bagaimana langkah mudah seperti menekap tisu Scott Calorie Absorb pada makanan boleh menghilangkan lebih daripada satu sudu teh minyak berlebihan. Sudah tentu, segalanya perlu diambil secara sederhana, tetapi yang pentingnya di sini adalahbagaimana Scott menawarkan penyelesaian praktikal yang sesuai dengan gaya hidup dan tabiat pemakanan sedia ada," kata Yap Li Vern, Pengurus Pemasaran Scott.


Gerakan Scott Kalori Kurang, Raya Lebih Riang

Gerakan Scott Kalori Kurang, Raya Lebih Riang


Gerakan ‘Kalori Kurang, Raya Lebih Riang’ oleh Scott akan berlangsung di bazarbazar Ramadan utama di seluruh Lembah Klang. Di bazar-bazar ini, demonstrasi memasak secara langsung akan menampilkan langkah-langkah mudah seperti menggunakan tisu dapur Scott yang menyerap 127 kalori ke atas makanan-makanan kegemaran ramai seperti keropok lekor, ayam goreng, dan pisang goreng dapat mengurangkan pengambilan minyak berlebihan tanpa menjejaskan rasa atau tekstur. Hasilnya? Semua keenakan dan kerangupan yang disukai rakyat Malaysia masih dirasai, tetapi dengan jumlah kalori yang lebih rendah.
Selain demonstrasi secara langsung, pengunjung juga dapat menyertai pelbagai aktiviti menarik di reruai, termasuk cabaran ‘Spin the Wheel’ di mana mereka berpeluang memenangi barangan eksklusif bertemakan Raya daripada Scott seperti beg tote, balang kuih, dan sampul duit raya. Menambahkan lagi kemeriahan, maskot Scott Kitchen Towel turut membuat penampilan istimewa untuk menceriakan suasana di bazar.

Selain membantu rakyat Malaysia membuat pilihan yang lebih sihat di bazar, Scott juga adalah teman yang terbaik semasa persiapan sahur dan berbuka puasa di rumah. Dengan lebih ramai keluarga memasak sendiri sepanjang Ramadan, tisu dapur Scott menawarkan cara yang pantas dan berkesan untuk membersihkan tumpahan, menyerap lebihan minyak, serta memastikan dapur sentiasa bersih dan kemas sepanjang bulan puasa.

Pastikan anda mengunjungi Bazar Ramadan USJ 4 dari 13 hingga 15 Mac 2025 untuk turut serta dalam keseronokan ini! Kempen ini juga diperluaskan ke platform digital, dengan lebih 10 pencipta kandungan bekerjasama untuk mencipta serta berkongsi resipi-resipi yang sihat dan mudah sepanjang Ramadan.

Sebagai bulan yang menekankan kebersamaan, kesyukuran, dan keakraban, inisiatif ini mengingatkan bahawa perubahan kecil mampu memberi impak yang besar, membolehkan semua orang dapat meraikannya dengan lebih riang, seimbang, dan sihat.

Promosi Raya Kimberly-Clark


Gerakan Scott Kalori Kurang, Raya Lebih Riang

Bagi menyemarakkan lagi semangat Ramadan dan Raya, satu kempen turut dijalankan di seluruh negara. Sebagai sebahagian daripada Promosi Raya Kimberly-Clark, pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM60 untuk produk yang terpilih akan menerima pinggan pencuci mulut eksklusif, manakala mereka yang berbelanja minimum RM20 berpeluang menyertai peraduan Gold Bar bernilai RM50,000.

Tentang Scott®

Scott® telah menjadi peneraju dalam menyediakan keperluan harian berkualiti tinggi selama lebih satu abad. Dikenali dengan produk kertas inovatif dan boleh dipercayai, Scott® menawarkan pelbagai penyelesaian yang direka khas untuk keperluan rumah dan perniagaan. Dengan komitmen teguh terhadap kelestarian alam sekitar, produk Scott® diperakui oleh Forest Stewardship Council® (FSC®), memastikan sumber bahan diambil secara bertanggungjawab dari hutan yang diurus dengan baik. Scott® terus memberikan nilai, prestasi, dan kemudahan terbaik, sambil mengutamakan kelestarian alam.

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post