MARRYBROWN BERKONGSI REZEKI RAMADAN DENGAN MENGEDARKAN 25,000 BUBUR LAMBUK KE SELURUH NEGARA

Dalam mengekalkan komitmennya kepada komuniti dan tradisi, rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal tempatan kegemaran Malaysia, Marrybrown®, sekali lagi membawa kebahagiaan Ramadan kepada rakyat Malaysia dengan mengagihkan lebih 25,000 pek Bubur Lambuk menerusi inisiatif Kasih Ramadan 2025. Usaha tahunan ini terus berkembang dari tahun ke tahun untuk memastikan lebih ramai orang dapat menikmati tradisi yang bermakna ini.

MARRYBROWN BERKONGSI REZEKI RAMADAN DENGAN MENGEDARKAN 25,000 BUBUR LAMBUK KE SELURUH NEGARA


MARRYBROWN BERKONGSI REZEKI RAMADAN DENGAN MENGEDARKAN 25,000 BUBUR LAMBUK KE SELURUH NEGARA


Bubur Lambuk menerusi inisiatif Kasih Ramadan 2025 bermula di Masjid Puncak Alam, di mana kakitangan Marrybrown® menyediakan dan mengagihkan Bubur Lambuk kepada komuniti setempat. Bukan hanya sekadar hidangan klasik bulan Ramadan, Bubur Lambuk merupakan simbol tradisi di bulan mulia ini. Selari dengan warisan ini, Marrybrown® komited untuk memupuk semangat perpaduan dan kemurahan hati bersempena dengan bulan yang mulia ini.

MARRYBROWN BERKONGSI REZEKI RAMADAN DENGAN MENGEDARKAN 25,000 BUBUR LAMBUK KE SELURUH NEGARA

MARRYBROWN BERKONGSI REZEKI RAMADAN DENGAN MENGEDARKAN 25,000 BUBUR LAMBUK KE SELURUH NEGARA



“Tahun lepas, sambutan inisiatif yang sangat menggalakkan ini membuktikan kepentingan tradisi agihan bubur lambuk dan kami berbangga dapat memperluaskan inisiatif pada tahun ini,” kata Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown®.

“Sebagai jenama yang telah menjadi sebahagian daripada komuniti Malaysia selama beberapa dekad, kami memahami bagaimana Bubur Lambuk menyatukan orang ramai sepanjang Ramadan. Ia merupakan satu penghormatan bagi kami untuk meneruskan tradisi ini sambil berkongsi pengalaman yang sangat bermakna kepada rakyat Malaysia.”

Untuk menarik lebih ramai orang, Marrybrown® telah bekerjasama dengan masjid-masjid di seluruh negara dan juga akan melanjutkan inisiatif ini ke kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuh raya dan hab transit untuk memastikan mereka yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung dapat berbuka puasa dengan hidangan yang melazatkan. Selain itu, cawangan Marrybrown® yang mengambil bahagian juga akan mengedarkan Bubur Ayam MB® kepada masjid dalam komuniti setempat mereka. Usaha ini jelas membuktikan komitmen berterusan jenama dalam memberi kembali kepada masyarakat.


“Ramadan adalah bulan untuk muhasabah diri, mengeratkan lagi perpaduan, dan mengamalkan sifat murah hati. Kami berharap dengan berkongsi hidangan yang ringkas lagi menyelerakan ini, kami dapat membawa kebahagiaan kepada mereka yang menyambut bulan suci ini, tidak kira di mana mereka berada,” kata Daniel Chan.



MARRYBROWN BERKONGSI REZEKI RAMADAN DENGAN MENGEDARKAN 25,000 BUBUR LAMBUK KE SELURUH NEGARA

MARRYBROWN BERKONGSI REZEKI RAMADAN DENGAN MENGEDARKAN 25,000 BUBUR LAMBUK KE SELURUH NEGARA

MARRYBROWN BERKONGSI REZEKI RAMADAN DENGAN MENGEDARKAN 25,000 BUBUR LAMBUK KE SELURUH NEGARA

Inisiatif Kasih Ramadan 2025 akan berlangsung sehingga akhir bulan Mac untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati Bubur Lambuk istimewa ini. Dengan lebih 600 cawangan di 16 negara, Marrybrown® terus mengekalkan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi, sambil mengukuhkan hubungan dengan komuniti setempat.



MARRYBROWN BERKONGSI REZEKI RAMADAN DENGAN MENGEDARKAN 25,000 BUBUR LAMBUK KE SELURUH NEGARA


MARRYBROWN BERKONGSI REZEKI RAMADAN DENGAN MENGEDARKAN 25,000 BUBUR LAMBUK KE SELURUH NEGARA

MARRYBROWN BERKONGSI REZEKI RAMADAN DENGAN MENGEDARKAN 25,000 BUBUR LAMBUK KE SELURUH NEGARA

MARRYBROWN BERKONGSI REZEKI RAMADAN DENGAN MENGEDARKAN 25,000 BUBUR LAMBUK KE SELURUH NEGARA



Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown®, Apl MB, promosi, perkhidmatan penghantaran, dan lokasi pengedaran, sila layari:


Instagram: Marrybrownmy
TikTok: Marrybrownmy
Threads: Marrybrownmy
YouTube: Marrybrown TV


Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post